Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 20 Julai 2017

Lima ditahan, dadah RM120,000 dirampas di Pasir Mas

PASIR MAS: Polis menahan lima lelaki dan merampas 870 biji pil kuda (Methamphetamine) dan 40 bungkusan air ketum bernilai lebih RM120,000 dalam beberapa serbuan di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata dalam serbuan pertama pada pukul 4 pagi Isnin, polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun dan merampas 70 biji pil kuda bernilai lebih RM1,000 di sebuah rumah di Kampung Lubok Setol, Rantau Panjang.

"Pada hari sama polis berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 26 tahun serta merampas 40 bungkusan air ketum bernilai RM400 di sebuah rumah di Kampung Alor Pinggang, Meranti pada pukul 5.10 petang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini.

Ibrahim berkata polis kemudiannya berjaya menahan dua lelaki masing-masing berumur 32 tahun dan merampas 800 biji pil kuda bernilai RM120,000 di sebuah rumah di Kampung Dangar pada pukul 5.53 pagi semalam.

Beliau berkata kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Sumber: Bernama | 19 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan