Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md Jais Sarday. |
KLUANG: Johor meluluskan pelaksanaan Caj Pemajuan berkuat kuasa 1 September ini bagi tanah diubah status untuk dibangunkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Md Jais Sarday, berkata menerusi langkah itu caj pemajuan bagi tanah di kawasan zon antarabangsa dikenakan sebanyak 30 peratus, manakala kawasan majlis bandaraya sebanyak 15 peratus dan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf perbandaran sebanyak 15 peratus dan bagi PBT bertaraf daerah 10 peratus.
Katanya, caj itu bukan perkara baharu kerana turut dilaksanakan di negeri lain termasuk Selangor mulai 2010, Perak (2012), Kelantan dan Kedah (2015) serta Terengganu mulai tahun ini.
"Johor sepatutnya mengenakan Caj Pemajuan mulai 2014 tetapi ditangguh sebelum mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang bermesyuarat pada 4 Julai lalu meluluskan pelaksanaannya.
"Caj Pemajuan ini adalah bentuk kutipan atau bayaran seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 32 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
"Caj ini akan dikenakan kepada pemohon atau pemilik tanah oleh PBT sekiranya terdapat Rancangan Tempatan (RT) atau pengubahan RT yang sudah diwartakan yang menyebabkan kenaikan nilai tanah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Md Jais berkata, kadar nilai tanah ditetapkan beli berdasarkan lokasi dan penggunaannya, sekali gus mampu meningkatkan nilai hartanah berkenaan.
Sumber: Berita Harian | Bisnes | 8 Julai 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan