Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 23 Julai 2017

Program Empower ECER tingkat pendapatan usahawan IKS

MACHANG: Sebanyak 14,430 peserta yang mengikuti latihan keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah program empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya meningkatkan pendapatan dari RM1,000 ke RM3,000 sebulan.

Pengurus Besar (Bahagian Pembangunan Modal Insan) Majlis Pembangunan ECER Zulkifli Yaacob berkata peserta tersebut dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor.

"Daripada jumlah itu (14,430), seramai 2,860 peserta adalah dari Kelantan yang mengikuti pelbagai bimbingan berasaskan latihan di bawah program usahawan mikro, kecil dan sederhana serta agropolitan,"katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian program empower ECER Daerah Machang yang dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub di sini hari ini.

Zulkifli berkata program empower itu mula diperkenalkan di Jeli pada 2011 dan susulan kejayaan inisiatif tersebut ia diperluaskan ke kawasan lain di Kelantan termasuk Tumpat, Machang, Gua Musang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Beliau berkata ECER memberi bimbingan menerusi kelas-kelas vokasional secara percuma berasaskan kepada minat dan kepakaran pesertanya termasuk penyelenggaran penghawa dingin dan kenderaan bermotor, rawatan bekam serta solekan kecantikan bagi kaum wanita.

Selain itu, beliau berkata program empower memberi faedah kepada 51,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri-negeri terbabit dalam meningkatkan pencapaian akademik.

Sumber: Bernama | 23 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan