Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 1 Disember 2013

Bisa import Kelantan

Mohamed Shawky (jersi merah)
DUA penyerang yang tidak asing lagi dalam landskap bola sepak negara. Mohamed Ghaddar dan Francis Forkey Doe kembali mewarnai teraju penggempur utama The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Kemunculan Mohamed Ghaddar, 30, nyata sesuatu yang mengejutkan ketika Kelantan sendiri dilihat berdepan krisis keyakinan untuk menghadapi saingan liga musim depan setelah penghijrahan beramai-ramai tonggak utama mereka baru-baru ini.

Kehadiran Mohamed Ghaddar, penyerang kelahiran Lubnan yang kadang kala boleh membuat penyokong Kelantan benci dan suka angkara sikap tamaknya pasti dirindu kembali terutama ketika pasukan bekas juara tiga piala itu bermain di gelanggang keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad IV.


BISA PREDATOR

Sentuhan berbisa penyerang kebangsaan Liberia, Forkey Doe yang merupakan bekas pemenang Kasut Emas Liga-M musim 2012 turut ditagih bagi menajamkan jentera serangan skuad kendalian Steve Darby itu.

Sesuai dengan gelaran ‘The Predator’ ke atasnya, Forkey Doe diibaratkan ‘binatang cukup buas’ yang mampu menggegarkan pintu gol lawan setelah gagal menyerlah ketika bersama Selangor pada musim ini.


LENGKAP KUOTA

Bekas pemain Middlesbrough, Mohamed Shawky melengkapkan kuota pemain import dari Asia apabila menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi mengisi posisi tengah pasukan tersebut.

Kelantan jelas tidak teragak-agak untuk menyambar Mohamed Shawky memandangkan pemain kebangsaan Mesir ini mempunyai pakej yang cukup lengkap bukan sahaja boleh bertindak selaku pemain tengah bertahan tetapi juga dikatakan mampu beraksi di benteng pertahanan.


MUSIM KETIGA

Keputusan Obinna Nwaneri untuk kekal beraksi bersama Kelantan semusim lagi begitu melegakan kerana benteng pertahanan sebenarnya dikatakan sedikit goyah setelah kehilangan beberapa watak penting di posisi tersebut.

Yang nyata, musim ketiga Nwaneri bersama Kelantan pasti menjanjikan persaingan sengit dalam kalangan mereka kerana peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan hanya tiga pemain import sahaja dibenarkan beraksi dalam satu-satu perlawanan.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 30 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan