TANAH MERAH: Penternak
ikan air tawar di negeri ini digesa meningkatkan produktiviti ikan air
tawar sehingga dua kali ganda bagi menampung permintaan tinggi daripada
pengguna menjelang 2020, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ahamad
Sabki Mahmood.
Ahamad Sabki berkata pengeluaran ikan air tawar Kelantan adalah yang terendah dalam negara sehingga peniaga di pasar-pasar basah perlu mendapatkan ikan tersebut dari negeri lain.
"Jumlah pengusaha akuakultur di Kelantan ialah 1,307 orang dengan 560 pengusaha mengusahakan ternakan ikan air tawar, manakala pengeluaran akuakultur air tawar di negeri ini pada 2012 adalah 1995.4 metrik tan dengan nilai RM10 juta.
"Permintaan ikan dalam negara dijangka meningkat kepada 1.9 juta metrik tan pada 2020 kerana peningkatan penggunaan ikan perkapita daripada 46 kilogram sebelum ini kepada 56 kilogram.
"Kami menyasarkan 3,600 metrik tan ikan air tawar dapat dikeluarkan menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Memperkasa Industri Akuakultur negeri Kelantan di sini Selasa. Kira-kira 100 penternak ikan air tawar dari negeri ini menghadiri bengkel berkenaan.
Ahamad Sabki berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenal pasti industri akuakultur sebagai sumber utama untuk meningkatkan pengeluaran ikan pada masa akan datang berikutan sumber perikanan laut telah mencapai tahap penerokaan maksimum dan pendaratan akan terus mendatar sekitar 1.4 juta metrik, setahun.
Sehubungan itu, katanya, Jabatan Perikanan sedang merangka program untuk menyokong peningkatan pengeluaran membabitkan sokongan untuk input akuakultur, pembangunan teknologi ternakan dan pembangunan induk, sokongan teknikal, latihan tenaga kerja mahir dan kawalan penyakit ikan.
"Produktiviti ikan di negeri ini masih lagi rendah dan bantuan nasihat serta penggunaan teknologi baharu dilihat mampu membantu pengusaha meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar bagi menampung permintaan tinggi pasaran," katanya.

Sumber: BERNAMA | 3 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan