Dr Sharil ketika beraksi dalam kategori
Badan Cantik pada Kejohanan Bina Badan Mr. ACT 2013 di sini, hari ini. Foto:
Bernama
|
KUALA LUMPUR: Seramai 390 atlet bina badan dari seluruh negara bersaing
bagi merebut gelaran 'Mr ACT' anjuran Pertubuhan Kebajikan Arah
Cemerlang Terbilang Malaysia (A.C.T. Malaysia) di sini hari ini.
"Untuk edisi kedua kali ini, jumlah penyertaan bertambah sekali ganda. Berbanding edisi pertama tahun lepas, seramai kira-kira 150 peserta yang mengambil bahagian.
"Jumlah penyertaan yang besar ini menunjukkan bahawa sukan bina badan di negara ini mempunyai jumlah atlet dan penggemar yang ramai," kata Presiden A.C.T. Malaysia Tuan Fazil Mohamad Dali ketika ditemui Bernama di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma OCM di sini, hari ini.
Menurut beliau, penganjuran sukan bina badan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti A.C.T. Malaysia adalah bertujuan memberi platform kepada atlet bina badan seluruh negara peluang untuk bersaing di samping menjadi medan mencungkil bakat-bakat baru untuk sukan berkenaan.
"Kita akan sentiasa bekerjasama dengan Persekutuan Bina Badan Malaysia, begitu juga Kementerian Belia dan Sukan untuk mengketengahkan bakat-bakat baru sukan ini ke peringkat antarabangsa," kata Tuan Fazil.
Kejohanan tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Malaysia dan AMS Collection itu di bahagikan kepada lima kategori iaitu Mr Badan Cantik, Bakat Baru, Mr ACT Bawah 70kg, Mr ACT 70-80kg dan Mr ACT Lebih 80kg.
Kesemua peserta yang bertanding juga akan bersaing untuk merebut juara keseluruhan untuk muncul sebagai Mr ACT 2013.
Pada kejohanan kali ini pihak penganjur buat kali pertama mengadakan Anugerah Legenda Bina Badan Malaysia untuk menghargai sumbangan bekas atlet-atlet bina badan negara.
Penerima pertama anugerah berkenaan ialah Olahragawan Negara 1986 dan 1990, Datuk Malek Noor, Ishak Raja Etam, Terry Gallyot, Ibrahim Shahdan dan Azlisham Zakaria.

Sumber: BERNAMA | 29 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan