Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin |
SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin hari ini, menyarankan agar menteri berfikir secara rasional
serta kritis tatkala membuat cadangan mahupun ketika memberi pendapat.
Menulis di dalam entri Facebooknya yang terbaharu, Asri menjelaskan perkara itu perlu dilakukan agar tidak wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan.
"Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu.
"...ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain.
"... namun hari ini kenyataan 'tidak cerdik' yang selalu dikeluarkan oleh kebanyakan menteri hanya akan menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini...sekaligus wujud persepsi bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan," katanya.

Sumber: Sinar Harian | 29 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan