KUALA LUMPUR: Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar) kononnya Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.
Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada
Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak
mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan
Kelantan berbanding negeri-negeri lain.
Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih
dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.
"Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi
saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki
ke Kelantan atau mengenali negeri itu.
"Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang
berada di bawah BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan
dengan Kelantan.
"Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh," jelasnya.
Pembangunan pesat bandar raya Kota Bharu, Kelantan sejak 10 tahun lepas. |
Malah turut menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin mendalami
pendidikan Islam sehinggakan dapat menghantar lebih ramai pelajar ke
luar negara dalam bidang pendidikan Islam.
"Selama ini kita melihat Kelantan telah melahirkan ramai pelajar yang
terbaik dalam segala bidang termasuk pendidikan agama dan mampu
melahirkan ilmuwan dalam pendidikan Islam.
"Malah ramai golongan profesional dan korporat yang juga berasal dari
negeri ini termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi di sektor
awam.
"Bukti ini jelas menunjukkan Kelantan bukan sebuah negeri yang mundur
jika dibandingkan negeri lain, malah lebih maju lagi. Kalau mundur mana
mungkin kita dapat melahirkan individu yang hebat," sambungnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat meminta Kamaruddin lebih
berhati-hati dalam percakapannya dan jika ingin membuat perbandingan
dari segi fizikal perlu membandingkan Sabah dan Sarawak yang sejak
dahulu di bawah pentadbiran BN.
Katanya lagi, Kamaruddin tidak perlu bercakap seperti ‘tong kosong’ hanya semata-mata ingin mendapat tempat dalam BN.
Sumber: Harakah Daily | 19 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan