KOTA BHARU: Kerajaan Pusat hendaklah menghormati
kehendak majoriti rakyat Kelantan yang memilih PAS terus menerajui
negeri ini, kata pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof
Madya Dr Riduan Tee Abdullah.
“Janganlah diskriminasi mereka kerana Kelantan juga berada di bawah pentadbiran orang Islam. “Begitu juga kalau ada hak ke atas royalti petroleum hendaklah diberi. Kelantan didiami lebih 90 peratus penduduk Islam hendaklah diberi hak, kalaulah integriti yang diambil kira.
“Hak orang Islam di atas muka bumi untuk melaksanakan syariat Islam juga hendaklah diberi,” katanya pada ceramah khas sempena Hari Integriti Peringkat Negeri di Kota Darulnaim hari ini.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.
Oleh itu Dr Riduan menyarankan pemimpin Umno menerima pelawaan PAS untuk bermuzakarah bagi membincangkan hubungan antara kedua-dua parti orang Melayu tersebut.
“Jumpa dahulu untuk membolehkan duduk bersama. Itu merupakan satu pendekatan terbaik seperti diambil Menteri Besar Kelantan bertemu Perdana Menteri baru-baru ini,” ujarnya.
Beliau turut memberitahu berasa tenang ketika berada di Kelantan kerana tulisan jawi masih dimartabatkan biar pun tulisan itu dihapus di sekolah-sekolah sejak 1978.
“Masih ada identiti Islam yang dipertahankan di sini. Di tempat lain termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sudah tidak ditemui tulisan jawi di tempat-tempat awam,” katanya.
Menteri Besar sebelum itu berkata, dalam Islam budaya integriti bukan perkara baru memandangkan Islam sudah lama memperkatakan mengenai amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab serta adil.
Kata beliau menurut Ibn Manzur dalam kitabnya Lisanul Arab, akhlak yang baik ialah cerminan kepada nilai terbit daripada diri dan naluri manusia.
“Himpunan nilai baik menjadi suatu tuntutan dan syarat bagi sesuatu kerja itu diterima sebagai ibadat di sisi Allah SWT. “Ia sekali gus menjadi imej dan standard kualiti Islam bagi setiap amalan,” katanya.
Menurutnya juga tanpa integriti dalam melakukan tugas, negara pastinya akan berdepan dengan kehancuran. Kata beliau pemimpin, pentadbir dan korporat yang tidak berintegriti hanya bekerja untuk memastikan poket mereka penuh.
Sementara itu pada majlis berkenaan, Penolong Pengarah Urusetia Integriti Negeri Kelantan, Wan Mohd Azam Wan Hassan menerima anugerah integriti disampaikan Menteri Besar.

Sumber: Harakah Daily | 2 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan