Brendan Gan (kanan sekali) ketika majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan musim 2014 baru-baru ini. |
MESKIPUN gagal untuk mendaftarkan pemain tengah kelahiran Australia,
Brendan Gan sebagai pemain tempatan pada pendaftaran pemain hari ini,
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan bahawa mereka tidak akan
sesekali melepaskan bekas pemain Sydney FC itu.
Hal ini kerana supremo bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata,
pihaknya akan berusaha mendaftarkan pemain itu pada jendela kedua
perpindahan pemain Mac ini.
Minggu lalu, Annuar membuat keputusan mengejut melepaskan kesemuanya jawatannya dalam bola sepak termasuk Presiden Kafa.
"Saya terima dengan baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bagi saya mereka membuat keputusan berdasarkan peraturan semasa dan tidak dinafikan, peraturan semasa bagi persatuan yang ingin daftar pemain tersebut kena ada kad pengenalan (IC) atau pasport.
"Begitu pun, saya tidak mempunyai masalah kerana apa yang FAM buat ikut peraturan semasa dan saya tidak hak untuk membantah," katanya ketika ditemui selepas pelancaran TRW the Movie di Petaling Jaya, semalam.
Dalam perkembangan sama, Annuar turut mempersoalkan latar belakang Junior Eldstal yang boleh didaftar sebagai pemain tempatan berbanding Brendan.
"Cuma apabila kita tengok Junior yang tidak mempunyai latar belakang sekuat Brendan tapi boleh didaftarkan dan beraksi dengan Sarawak," katanya.
Tidak berputus asa di situ, Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan menjelaskan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah meluluskan permohonan Brendan untuk memegang pasport Malaysia.

"Menteri setuju kerana tiada sebarang keraguan cuma disebabkan memakan
sedikit masa kerana ada proses tertentu yang perlu dibuat maka kita tak
sempat untuk membuat pendaftaran pada hari ini.
"Tapi peluang tetap ada dan Insya-ALLAH Brendan akan bermain sebagai pemain tempatan apabila pendaftaran kedua dibuka pada Mac ini. Saya juga yakin tempoh masa yang ada cukup untuk mendapatkan pasport Malaysia buat Brendan memandangkan dia sendiri bersetuju untuk melepaskan pasport Australia," katanya.
Sebelum ini, hasrat Kelantan untuk menggunakan khidmat Brendan musim depan musnah apabila permohonan untuk mendaftarkan pemain tengah kelahiran Australia itu sebagai pemain tempatan tidak diluluskan FAM.
Difahamkan, badan induk itu menolak permohonan Kafa bagi mendaftarkan Brendan sebagai pemain tempatan kerana lebih memilih taraf kewarganegaraan seseorang pemain berbanding taraf kerakyatan.
Ini kerana walaupun benar adanya peruntukan dalam peraturan Statut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) membolehkannya bermain, namun FAM berpendirian status taraf kewarganegaraan menjadi syarat utama.

Sumber: Sinar Harian | Ultras | 17 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan