KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga
berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk
Seri Hasan Malek (gambar) pada Jumaat.
"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini
bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna
yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen
'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa. "Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya."
Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan
meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya
membuat aduan.
"Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.
Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga,
Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan
pandangan itu.
"Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik." Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline
kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.
Sumber: mStar Online | 28 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan