Terduduh yang berkain pelikat (tengah) ketika hadir ke mahkamah untuk berdepan hukuman, semalam. |
KOTA BHARU: Seorang penganggur bernasib baik apabila isterinya ternyata
masih sayang terhadapnya apabila sanggup memaafkan perbuatan lelaki itu
dan memberinya peluang kedua.
Tertuduh, Shahrol Mohamed, 35, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Siti Sahara Mat Noh, 34, di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 31 Oktober lalu.
Sebelum kejadian itu, pasangan tersebut berselisih faham dan berlaku pertengkaran mulut menyebabkan tertuduh bertindak menendang isterinya itu. Tertuduh juga mengambil sebatang kayu dan mahu memukul serta mengugut mahu membunuh pengadu.
Ia berpunca daripada tertuduh yang mendakwa pengadu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tetapi dinafikan pengadu.
Dalam keterangan balas semalam, pengadu mengaku telah berbaik semula dengan suaminya itu dan mahu lelaki tersebut bebas.
Namun katanya, maaf tersebut hanya untuk kali ini sahaja dan tidak pada masa depan jika perkara sama berulang. “Saya beri dia peluang sekali lagi dan jika dia buat lagi, saya sudah tidak mahu lagi,” katanya.
Majistret, Nik Habri Muhamad memutuskan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh dan dia akan bebas dalam masa terdekat apabila sudah lebih sebulan berada dalam tahanan sejurus kejadian.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 17 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan