KOTA BHARU: Denda mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan yang
meletakkan sampah di atas but kenderaan mereka bagi memastikan aspek
kebersihan dijaga dalam konteks lebih tersusun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, penguatkuasaan tersebut bertujuan melatih masyarakat agar lebih berdisiplin, selain mengutamakan kebersihan dalam setiap kegiatan mereka.
“Mulai 2014, kita sudah ada aturan untuk mendenda mereka meletakkan sampah di atas but kenderaan mereka.
"Kita telah kemas kini undang-undang kecil, jika didapati ada yang bertindak demikian, mereka boleh didenda di bawah Akta Kebersihan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Selain itu katanya, jadual pembuangan sampah juga akan dikeluarkan supaya bahan buangan itu tidak dibuang di luar waktu ditetapkan sehingga mengganggu proses mengangkut, seterusnya menyebabkan ia tidak dapat diurus dengan baik.
“Kita mahu sampah dapat dipungut dan dihantar ke tempat sepatutnya mengikut waktu ditetapkan kerana kita tidak mahu masyarakat terbeban dengan perkara ini,” katanya.
Abdul Fattah berkata, pemerhatian pihaknya juga mendapati sampah tidak dibuang dengan baik sehingga terdapat tong sampah kosong, sedangkan bahan buangan bertaburan di kawasan sekitarnya sehingga menampakkan betapa kotornya kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, dalam menangani masalah sampah, peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan individu penting bagi memastikan penguatkuasaan yang telah dan akan dilaksanakan mencapai matlamat.
Beliau yang juga Adun Bukit Panau berkata, pihaknya juga akan menghidupkan semula program kitar semula dan untuk peringkat pertama, sebanyak 10 tong akan diagihkan sebelum diletak di kawasan pusat beli-belah seperti Pasar Siti Khadijah dan stesen bas.
“Ia bukan sekadar untuk membuang sampah, malah diwujudkan ruang menjana pendapatan kepada pihak yang menjaga tong berkenaan, sebab saya melihat di Malaysia kita banyak membazir, sedangkan sesetengah negara, bahan buangan mampu menjana pendapatan kepada syarikat mereka,” katanya.

Abdul Fattah berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengendalikan tempat
pembuangan sampah yang ada sebaiknya dan penambahbaikan dari masa ke
semasa akan dilakukan demi meningkatkan lagi tahap kebersihan di negeri
ini.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan