Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 1 Disember 2013

Orang Asli Pos Tohoi minta kerajaan naik taraf jalan dan bina jambatan konkrit

GUA MUSANG: Lebih 500 penduduk Orang Asli di Pos Tohoi kira-kira 40 kilometer dari sini, mahu kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat berusaha menaik taraf jalan ke perkampungan mereka, termasuk membina dua jambatan konkrit bagi memudahkan perhubungan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli, Zainal Chali berkata dua jambatan balak sedia ada yang dibina syarikat pembalakan sejak 10 tahun lalu itu, sudah tidak lagi selamat untuk digunakan penduduk.

"Keadaan jambatan balak itu yang telah runtuh sebahagiannya akan mengundang risiko kepada penduduk yang berulang alik dari perkampungan ini ke bandar Gua Musang setiap hari," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Zainal berkata sebelum ini jalan dan jambatan tersebut diselenggarakan syarikat pembalakan terbabit, namun ekoran kerja pembalakan kini semakin berkurangan, kejadian kerosakan di jalan utama tidak lagi dibaiki.

Seorang penduduk Angah Ali, 45, berkata pos itu yang terletak di pedalaman daerah Gua Musang, memerlukan perhatian kerajaan untuk membawa perubahan supaya ia setanding dengan kemajuan di kampung lain.

"Kita sedih juga kerana segala masalah yang dikemukakan penduduk tidak diambil tindakan segera oleh pihak tertentu hingga kerap berdepan dengan risiko kemalangan," katanya.
 
Sumber: BERNAMA | 29 Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan