Atlet bina badan ketika beraksi di pentas - Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR: Ramai yang
berangan-angan untuk memiliki tubuh seperti seorang atlet bina badan
namun ia bukanlah semudah jangkaan kerana memerlukan tekad dan disiplin
diri yang tinggi.
Meskipun impian itu sukar untuk dicapai, tabiat pemakanan serta amalan senaman atlet bina badan sedikit sebanyak boleh dijadikan petua untuk melahirkan generasi Malaysia sihat.
Badan yang sihat datangnya daripada pemakanan yang baik kerana perkembangan struktur badan memerlukan nutrisi yang cukup serta bentuk dan kecergasannya pula ditentukan oleh senaman.
Untuk sukan bina badan, kandungan zat dalam makanan amat dititikberatkan kerana setiap makanan mengandungi zat-zat tertentu seperti mineral, protein, vitamin dan karbohidrat. Begitu juga bagi orang lain, zat makanan penting dalam tumbesaran dan penjagaan kesihatan.
5F RAHSIA MENJAGA KESIHATAN
Lazimnya, atlet bina badan mengamalkan Format 5F, yang mencakupi aspek makanan, senaman dan psikologi, dalam membina badan.
Bagi seorang jurulatih bina badan Abdul Halim Budin, 54, Format 5F ini boleh diterapkan bukan sahaja kepada peminat bina badan malah kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan dan pengambilan makanan.
Menurut beliau, Format 5F terdiri daripada Food (Makanan), Form (Kaedah), Focus (Fokus), Feel (Rasa)dan Fantasy (Fantasi).
"Makanan adalah asas paling penting kerana 90 peratus daripada badan kita terbentuk daripada pemakanan dan hanya 10 peratus terbentuk daripada senaman.
"Apa yang dimakan akan menggambarkan bentuk badan kita pada masa akan datang," katanya kepada Bernama ketika Pertandingan Bina Badan 'Mr Little India Bodybuilding Competition' kali ketiga yang diadakan di Brickfields baru-baru ini.
PEMAKANAN DAN SENAMAN
Pemakanan yang sihat perlu diperkukuhkan dengan teknik senaman yang betul agar otot-otot tertentu dapat dibentuk mengikut keperluan masing-masing.
"Hal ini digambarkan dalam aspek kaedah, yang memerlukan cara yang betul apabila bersenam di gimnasium. Teknik yang perlu diketahui adalah cara senaman, latihan bebanan, urutan senaman serta teknik mengawal pernafasan yang betul," katanya lagi.
Aspek ketiga iaitu Fokus pula memerlukan tidak kira ahli bina badan atau masyarakat untuk menumpukan kepada makanan yang diambil serta senaman yang dilakukan agar bentuk badan yang diingini terhasil.
"Fokus memerlukan masyarakat atau atlet bina badan sedar akan bahagian otot mana yang hendak dibentuk selain membuat penelitian ketika mengambil makanan. Ini penting agar disiplin diri yang baik dapat dibentuk oleh mereka yang inginkan kesihatan yang sempurna," kata Abdul Halim lagi.
Jelas beliau lagi, aspek keempat iaitu Rasa adalah penting agar apa yang dimakan dan teknik melakukan senaman dapat dihayati dan dilihat hasilnya.
"Sebagai contoh apabila melakukan senaman, kita hendaklah merasai pergerakan, tindak balas serta tekanan yang dilakukan terhadap otot. Melalui penghayatan ini hasilnya pasti lebih baik," kata Abdul Halim yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pelatihnya di Gym Force Fitness Kajang.
Fantasi pula adalah gambaran meminati sesuatu perkara seperti makanan atau mempunyai impian untuk memiliki tubuh seperti ahli bina badan agar diri mereka turut sihat dan cergas seperti individu yang diminati mereka.
Masyarakat, yang sememangnya meminati atlet bina badan seperti Sazali Samad, perlu mengikuti disiplin dan amalan pemakanan yang diamalkannya agar diri mereka turut sihat dan cergas seperti Sazali.
"Dalam pemakanan, masyarakat perlu mengamalkan petua 'We Are What We Eat' (kita ditentukan oleh apa yang kita makan). Maksudnya kalau banyak mengambil makanan yang tidak sihat, tubuh turut menjadi tidak sihat dan begitu juga di sebaliknya," kata beliau.
MAKANAN DAN SENAMAN YANG BETUL
Bagi seorang jurulatih kecergasan, Rahul Kumar, 28, senaman dengan gaya yang betul perlu diamalkan untuk membentuk otot yang sihat.
Menurut beliau, masyarakat perlu kembali kepada gaya hidup sihat dengan amalan berjoging serta berbasikal untuk tempoh 45 minit sehari.
"Mulakan dengan amalan berlari-lari anak untuk 20 minit bagi membakar lemak dan berlari laju sejurus kemudian selama 25 minit. Aktiviti merehatkan otot perlu dijalankan selama 10 minit selepas itu bagi memastikan kesemua otot berada semula pada paras normal," katanya lagi.
"Seseorang juga perlu menjaga diet kerana hampir semua kalori terdapat dalam kombinasi kaborhidrat, protein dan lemak... Kaborhidrat adalah penting dalam menyumbang kepada glikogen otot dan membentuk kira-kira 60 peratus jumlah pengambilan kalori, yang bersamaan kira-kira 450g kabohidrat sehari jika jumlah pengambilan kalori ialah 3,000," katanya.
RM3,000 DIPERUNTUKKAN UNTUK BINA BADAN
Buda AK Anchah, seorang atlet bina badan berkata beliau memperuntukkan masa tiga jam sehari untuk bersenam di gimnasium bagi membentuk otot-otot perlu.
"Kecuali Ahad, hari-hari lain saya akan berada di gim. Senaman yang dipilih bergantung kepada otot mana yang hendak dibesar dan dikuatkan, saya perlu bersenam untuk keseluruhan tubuh," katanya ketika ditemui semasa pertandingan 'Mr Little India'.
Oleh kerana cintakan sukan bina badan Buda menghabiskan RM3,000 sebulan khusus bagi membeli makanan tambahan.
Dalam pertandingan Mr Little India 2013 anjuran Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Bina Badan India Malaysia, Buda berjaya menjuarai kategori terbuka atas 70 kg.
Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, pingat, sebuah basikal serta hamper.
Sumber: BERNAMA | 29 Nov. 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan