Zaki (kanan) menunjukkan daun kelapa yang kering akibat kekurangan baja. |
BACHOK: Bentuk muka bumi Bachok yang sesuai untuk tanaman kelapa
menyebabkan ramai petani semakin berminat untuk mengusahakan tanaman itu
terutama kelapa Matag.
Tambahan pula, tanaman komersial lain seperti tembakau tidak lagi diusahakan dan petani beralih kepada tanaman lain yang mampu menjana hasil tinggi.
Bagi seorang penduduk, Muhammad Yaakob, 48, tanaman kelapa diusahakan di Kampung Keluat sejak 1950-an lagi.
“Tanah di sini sesuai untuk kelapa dan memang sejak dari dulu lagi, banyak kelapa ditanam di kampung kami.
“Kelapa jadi pilihan penduduk kerana ia mempunyai permintaan tinggi dan harganya stabil,” katanya.
Guna baja tahi ayam
Namun dalam masa sama, petani masih dibelenggu masalah berikutan kos untuk membeli benih dan baja tinggi, selain memerlukan bimbingan serta pengurusan yang betul bagi menghasilkan kelapa berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran.
Muhammad berkata, petani memerlukan bantuan dari segi anak benih dan baja yang mencecah ribuan ringgit berikutan tidak mampu ditanggung penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada hasil pendapatan kerja kampung.
“Harga belian bagi kelapa matag adalah antara RM12 hingga RM15 sepohon menyebabkan mereka terpaksa membeli benih kelapa kampung yang hanya berharga RM5 sepohon, selain menggunakan baja tahi ayam untuk jimatkan kos.
“Akibatnya, pokok bukan saja lambat mengeluarkan hasil tetapi buah kelapa juga tidak berkualiti kerana kekurangan baja," katanya.
Banyak kawasan sesuai
Seorang lagi petani, Zaki Mat, 44, berkata, penduduk masih mempunyai banyak kawasan terbiar yang sesuai untuk kelapa, selain ladang kelapa sedia ada berpuluh tahun dahulu yang perlu diganti dengan pokok baharu.
“Pokok kelapa mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun dengan pengeluaran buah dalam tempoh yang panjang sehingga melebihi 30 tahun.
“Jika ada peruntukan walaupun sekali, saya yakin ia mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya petani komited untuk mengusahakannya,” katanya.
Sementara itu, warga emas, Mohammad Yaakob Abdullah, 60, berkata, tanaman kelapa kini diusahakan secara sampingan sahaja tetapi jika terdapat usaha untuk mengkomersialkan tanaman tersebut, dia yakin akan menarik minat penduduk lain untuk mengusahakan tanaman kelapa secara serius.
“Sekarang ini kelapa diusahakan secara tradisi atau warisan saja. Mereka jadikan kelapa sebagai sumber sampingan sebab tak mampu nak sediakan pelbagai kos untuk tanaman ini.

“Tetapi jika ada saluran untuk bantu petani, tak mustahil ia boleh
menjadi sumber utama penduduk Bachok menggantikan tembakau dan padi,”
katanya yang sudah enam bulan mencuba tanaman kelapa.
Input pertanian secara one-off
Input pertanian secara one-off
Penolong Pegawai Pertanian Bachok, Ammar Anuar Yusoff pula berkata,
lazimnya bantuan diberikan bergantung pada peruntukan yang diterima
melalui Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tanpa mengikut tempoh masa
yang tetap.
Beliau berkata, bantuan benih dan baja tidak lagi disediakan kerana bantuan disalurkan berbentuk infrastruktur seperti membaiki jalan ladang, perparitan dan mencuci ladang mengikut projek yang ditetapkan jabatan.
“Kelapa dan pisang antara yang mendapat permintaan tinggi. Justeru, kami rasa harga belian kedua-dua tanaman ini masih mampu diusahakan penanam. "Jabatan biasanya mengagihkan input pertanian kepada penduduk secara one-off atau sekali saja,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 28 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan