Keadaan bot milik Mat Yusof yang terdampar di Pantai Kemayang. |
BACHOK: Seorang pemilik bot berdepan kerugian hingga RM700,000 jika bot
kategori C yang tersekat di beting pasir gagal dinaikkan segera.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila bot milik Mat Yusof Jafar, 52, dikendalikan seorang tekong bersama lima awak-awaknya dalam perjalanan keluar dari Kuala Kemasin menuju ke Pulau Perhentian.
Mat Yusof berkata, ketika tekongnya melepasi kuala itu, ia tersekat di beting pasir dan dipukul ombak merapati tebing kiri benteng.
“Kejadian macam ni sering berlaku tetapi ini adalah kali pertama berlaku pada bot saya sejak berbelas tahun saya terlibat dalam sektor perikanan. Setiap tahun memang akan ada kes macam ni sebab kuala cetek.
“Saya tak tahu macam mana nak buat tetapi akan cuba tarik bot menggunakan jentera dari darat dan alihkan ke pantai. Kalau tak boleh naikkan juga memang saya akan rugi besar sebab nilaian bot tu kira- kira RM700,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pantai Kemayang semalam.
Difahamkan, Mat Yusof adalah Nelayan Jaya peringkat kebangsaan 2010. Masalah itu bukan pertama kali berlaku dan setiap tahun akan ada kes bot karam akibat faktor muara cetek yang gagal naik taraf sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) beberapa musim Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Awal Januari 2012, kes yang sama berlaku apabila, seorang pemilik bot pukat tunda RM600,000 tersangkut pada beting pasir di lokasi yang sama.
Dalam kes itu 5 Januari itu melibatkan bot pukat tunda milik Mohd Zurin Yahya, 37, tersekat di permukaan kuala itu ketika cuba memasuki kuala dalam perjalanan pulang selepas sebulan berada di laut.
Menurutnya, akibat permukaan kuala yang cetek, kapal yang membawa lapan awak- awak termasuk tekong itu tersadai sepanjang hari menunggu kapal lain untuk menunda masuk ke kuala Kemasin. Beliau mendakwa, bot miliknya adalah kes keempat yang tersangkut di kawasan itu dalam tempoh sebulan.
Dalam gesaan itu, Mohd Zurin pernah menyuarakan hasrat yang sama agar permukaan kuala didalamkan untuk memudahkan bot keluar masuk.
Katanya, banyak pembaziran berlaku sementara menunggu air pasang untuk membolehkan bot masuk ke kuala setiap hari.
“Kami terpaksa menunggu air pasang setiap hari untuk membolehkan bot keluar masuk ke kuala. Seharusnya, kawasan permukaan kuala ini didalamkan untuk membolehkan bot keluar masuk 24 jam tanpa menunggu air pasang.
“Kami perlu menunggu sehingga petang jika air kuala cetek dan ia mengakibatkan pembaziran masa dan minyak sedangkan bot tiba awal pagi untuk masuk ke kuala,” katanya yang telah 20 tahun terlibat dalam sektor perikanan.
Katanya, permukaan kuala dari Besut, Tok Bali, Bachok dan Kuala Besar perlu didalamkan untuk kemudahan dan keselamatan bot- bot nelayan yang kebanyakannya milik nelayan Melayu.
Manakala Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bachok, Mohd Saripudin Ishak berkata, di kawasan tersebut terdapat 120 buah bot yang melibatkan 350 orang nelayan tempatan.

Ia tidak termasuk nelayan dari Pantai Senak hingga ke Tok Kederat, Kandis iaitu 1,200 orang nelayan di bawah naungan PNK Bachok.
“Bila ada angin sikit, nelayan tak dapat ke laut sebab cetusan ombak ini bahaya untuk bot- bot lalu di kawasan cetek. Kalau musim tengkujuh memang nelayan tak dapat ke laut langsung.
“Saya tak tahu bila masalah ini akan selesai sebab semua pihak sudah lama tahu mengenai masalah ini yang membimbangkan nelayan Bachok,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan