KOTA BHARU: Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB) 
menyeru penggiat seni dikir barat di negeri ini supaya menyertai 
koperasi tersebut bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah yang
 disediakan.
Pengerusinya, Datuk Dr. Zulkepli Mohamad berkata, kesedaran terhadap 
fungsi KDKB masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan dikir 
barat di negeri ini yang melebihi 300 kumpulan.
"Dengan bilangan kumpulan ini, jika diambil secara purata jumlah 
penggiat seni ini adalah antara 5,000 hingga 6,000 orang tetapi yang 
berdaftar sebagai ahli hanya 700 orang.
"Kita mengharapkan ramai penggiat seni ini berdaftar sebagai ahli 
koperasi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan
 Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian 
Menengah Rendah (PMR) 2013 kepada anak-anak ahli koperasi di sini malam 
tadi.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 30 Disember 2013 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan