Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 14 Disember 2013

Tony Fernandes umum pembinaan stadium baharu di Barat London untuk kelab bola QPR

KELAB bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) milik jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar) pada Jumaat mengumumkan rancangan mereka untuk membina stadium baharu dengan kapasiti 40,000 tempat duduk yang merupakan sebahagian daripada perancangan untuk membangunkan kawasan Old Oak di Barat London.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu, pembinaan stadium baharu tersebut akan turut mewujudkan kawasan residensi dan perniagaan baharu sekali gus melahirkan tidak kurang daripada 50,000 peluang pekerjaan baharu dan 24,000 unit kediaman baharu. Kawasan pembangunan baru itu nanti akan dikenali dengan nama ‘New Queens Park’.
Fernandes yang merupakan pengerusi QPR berkata: “Loftus Road iaitu stadium rasmi QPR akan sentiasa dikenang sebagai kediaman rasmi skuad dan kelab bola sepak QPR tetapi kelab ini memerlukan ruang yang dapat menampung lebih daripada 18,000 tempat duduk capacity.”
Katanya, oleh kerana kawasan Loftus Road tidak memiliki ruang lagi untuk dibangunkan, mereka terpaksa mencari kawasan lain yang lebih luas yang dapat menampung kapasiti penonton yang besar dan Datuk Bandar Majlis Perbandaran Hammersmith & Fulham di Barat London bersetuju memberi komitmen untuk membangunkan semula sebidang kawasan yang luas yang boleh dibangunkan stadium baharu dan pada masa yang sama dapat membangunkannya sebagai kawasan kediaman serta perniagaan baharu yang moden.
“Projek ini akan menjadi katalis kepada pembangunan semula satu kawasan yang hampir-hampir dilupakan tetapi kini berpeluang untuk mewujudkan 24,000 kediaman baharu dan 50,000 peluang pekerjaan baru.
“Bila projek ini siap kelak ia akan menjadi destinasi baharu di kota London, mengembangkan perniagaan tempatan, menarik kedatangan pelawat baru dan juga meningkatkan industri pelancongan untuk masyarakat tempatan,” kata Fernandes.
Adalah dijangkakan, pemilik projek ini akan memperolehi kebenaran daripada perancang bandar menjelang awal 2015 untuk memulakan pembinaan.
Sumber: mStar Online | 13 Dis. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan