KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan belum menyiapkan 15 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi 2012.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan
Rakyat pada Isnin menyatakan 15 projek itu adalah di bawah Pejabat
Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perhutanan Negeri,
Jabatan Kerja Raya Negeri, Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat
Pembangunan Negeri.
Selain itu, kerajaan negeri itu juga belum memulakan lima projek
termasuk Projek Pembinaan Jambatan Merentasi Rel Keretapi Bandar Tanah
Merah dan Projek Pembaikan Simpang 3 Landak, Kota Baharu yang dirancang
oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan.
Pihak Audit juga mendapati kerja-kerja tambahan di bilik tidur utama
Istana Negeri, pembinaan Driving Range di Istana Negeri dan Cadangan
Menaik Taraf Padang Golf di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha
Kerajaan juga belum dimulakan.
Namun, Kerajaan Kelantan telah menyiapkan 6,435 projek di bawah RMK10. Sementara itu, pihak Audit mendapati prestasi perbelanjaan projek
pembangunan Kerajaan Kelantan kurang memuaskan berikutan perbelanjaan
yang dibelanjakan hanya 62.6 peratus daripada RM277.91 juta yang
diperuntukkan.
Sebanyak RM174.01 juta telah dibelanjakan oleh sembilan Jabatan dan
Pejabat Perbendaharaan Negeri serta Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha
Kerajaan mencatat pencapaian terendah iaitu masing-masing sebanyak 32.4
peratus dan 74.9 peratus.
Laporan itu mendapati Pejabat Perbendaharaan Negeri hanya
membelanjakan RM37.28 juta daripada RM115 juta yang diperuntukkan
manakala Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan membelanjakan
RM45.80 juta daripada RM61.13 juta bagi 501 jumlah projek yang
diperuntukkan.
Sumber: BERNAMA | 2 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan