Zamri menunjukkan gambar Nor Asyikin (kanan) bersama ibunya semasa majlis perkahwinan mereka Mei lalu. |
PASIR MAS: Ibu dan bapa tiri kepada Nor Asyikin Abdullah, 12, merayu
anak tunggal mereka supaya pulang ke rumah selepas tiga hari
menghilangkan diri.
Bapa tirinya, Zamri Mat Sin, 38 berkata, mereka sekeluarga menyedari kehilangan Nor Asyikin pada Isnin malam, kira-kira jam 12.30 pagi.
"Pada waktu itu kami terkejut melihat pintu dapur terbuka dan apabila memeriksa bilik tidur Nor Asyikin, didapati ia kosong.
"Kami turut mendapati beberapa helai pakaian miliknya juga tiada, begitu juga dengan beg duitnya yang mengandungi kad pengenalan," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jerulong, Lemal, di sini.
Menurut Zamri, sebelum kejadian berkenaan, Nor Asyikin kelihatan sama sepertimana pada hari-hari lain dan langsung tidak menunjukkan sebarang tingkah laku pelik.
Zamri yang baru lapan bulan berkahwin dengan ibu kanak-kanak perempuan terbabit, Norliza Nasir, 36 memaklumkan, mereka sekeluarga sangat risau memikirkan keselamatan Nor Asyikin kerana sebelum ini dia dikatakan tidak pernah pergi jauh dari rumah.
"Kami harap orang ramai yang ada menemui Nor Asyikin dapat memaklumkan serta menyalurkan maklumat kepada kami atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Pakaian terakhir yang dipakai Nor Asyikin sebelum keluar rumah adalah baju-T lengan panjang berwarna merah jambu dan seluar coklat," katanya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan Nor Asyikin boleh menghubunginya di talian 0111-9997850 atau 019-9985560.
Katanya, laporan berkenaan kehilangan Nor Asyikin telah dibuat di Balai Polis Pasir Mas pada jam 8 malam kelmarin dan mereka sekeluarga turut melakukan beberapa ikhtiar lain seperti solat hajat serta mencari kanak-kanak perempuan itu di rumah saudara mara dan rakan-rakannya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 13 Dis. 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan