SHAH ALAM: Pengerusi
Tourism Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata agensi itu akan
menstruktur semula operasi untuk menjadikannya lebih berkesan dalam
mempromosikan Malaysia kepada negara asing.
Beliau berkata agensi berkenaan akan mencari cara lebih berkesan untuk mempertingkatkan kunjungan pelancong ke negara ini semasa Tahun Melawat Malaysia sungguhpun menggunakan bajet yang terhad.
"Kami tidak mempunyai bajet besar bagi tujuan promosi, oleh itu kami perlu menggunakan kreativiti dan inovasi untuk memanfaatkan setiap wang yang ada," kata beliau kepada 150 pengarah agensi itu dari pejabat luar negara dan domestik yang mengadakan lawatan komprehensif di i-City di sini Khamis malam.
Sehubungan itu, beliau menggesa para pegawai Tourism Malaysia supaya memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dalam melaksanakan tugas promosi mereka.
Dr Ng berkata pejabat agensi itu misalnya di Alor Setar dan Kota Bharu akan menggunakan pendekatan lebih praktikal dalam melakukan tugas promosi di Selatan Thailand, yang lokasinya lebih hampir dengan mereka berbanding dengan hanya bergantung kepada pejabat di Bangkok.
Sumber: BERNAMA | 5 Dis. 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan