Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 8 Mac 2016

Lelaki tempatan dan dua warga Thailand dituduh edar dadah 41.28 kg

PASIR MAS: Tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah jenis Metamphetamine seberat 41.28 kilogram, bulan lepas.

Pekerja perkakasan Syazwan Salim, 27, dua warga Thailand Masawee Mamah, 45, dan Awae E Sor, 35, kedua-duanya penoreh getah, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Mereka didakwa mengedar dadah jenis Methampetamine seberat 41.28 kilogram di dalam kereta jenis Nissan bernombor pendaftaran Thailand di bawah garaj di Kampung Bagus, Rantau Panjang di sini, pada 3.10 petang, 23 Feb 2016.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan .

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurhidayah Mat Saad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.

Sumber: Bernama | 8 Mac 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan