KOTA BHARU: Hasil pendekatan politik matang yang diamalkan kerajaan Kelantan membolehkan tiga tuntutan kerajaan negeri terhadap Kerajaan Pusat kini dilaksanakan di negeri ini.
Tiga kejayaan tersebut adalah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, dan migrasi bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti, dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri di bawah Ustaz Datuk Ahmad Yakob berusaha merapatkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.
Katanya, pada 29 November 2013 kunjungan hormat pertama yang diketuai Menteri Besar dan disertai bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dibuat ke atas Perdana Menteri di Putrajaya.
“Pada pertemuan itu lima isu dibangkitkan kepada Datuk Seri Najib Razak, iaitu isu royalti petroleum, migrasi projek bekalan air, Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai, jambatan di Kampung Cina dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
“Cadangan projek jambatan di Kampung Cina ke Palekbang di Tumpat bagi menyurai kesesakan trafik di Kota Bharu. Projek itu dianggar bernilai RM200 juta,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun hari ini.
Begitu juga permohonan kerajaan negeri bagi menaik taraf lapangan terbang negeri dengan anggaran kos awal sebanyak RM500 juta, namun dilulus kerajaan pusat sebanyak RM550 juta.
Hanifa berkata tiga tuntutan yang dibuat itu bukan sekadar secara lisan sahaja sebaliknya bertulis diberi kepada perdana menteri.
“Oleh itu kami berharap wakil kerajaan pusat yang ada dalam Dun Kelantan membantu dan menyemakan kembali tuntutan tersebut di mana dua lagi belum ditunaikan,” ujarnya.

Sumber: Harakah Daily | 9 Mac 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan