Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Mac 2016

Tahap kebersihan Terengganu masih belum memuaskan

KUALA TERENGGANU: Kerajaaan Terengganu masih belum berpuas hati dengan tahap kebersihan bandar di semua daerah di negeri ini terutamanya, kawasan longkang yang kotor.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tahap kebersihan di bandar perlu ditingkatkan memandangkan ia kawasan tumpuan utama bagi kegiatan harian dan pelancongan.

"Tumpuan harus diberikan terhadap kebersihan longkang-longkang kerana ia belum mencapai tahap diharapkan walaupun telah ada banyak perubahan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengakuan Menerima jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan negeri Terengganu sesi 2016-2017 di sini Rabu.

Razif berkata kawasan yang tidak bersih juga menjadi antara punca penularan penyakit demam denggi yang telah mengorbankan 11 mangsa di Terengganu tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta bagi membayar kontraktor pembersihan di Terengganu tahun ini berbanding RM42 juta tahun lepas.

Beliau berharap dengan peruntukan yang begitu besar, Terengganu akan menjadi antara negeri terbersih di negara ini.

Sumber: Bernama | 2 Mac 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan