Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 2 Mac 2016

Tiga projek RM110 juta di DUN Nenggiri tetap diteruskan

GUA MUSANG: Kerajaan tetap melaksanakan tiga projek prasarana bernilai RM110 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini, walaupun negara menghadapi cabaran ekonomi.

Anggota Dewan Undangan Negeri Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani berkata tiga projek itu ialah pembinaan jambatan baharu Kampung Pulau Setelu berharga RM50 juta, bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Betis bernilai RM50 juta dan bangunan Klinik Kesihatan Kampung Star bernilai RM10 juta.

"Bagi projek pembinaan jambatan baharu Pulau Setelu dan SMK Kuala Betis, projeknya sudah selesai ditender dan kontraktor yang layak sudah pun diketahui...hanya menunggu masa untuk melaksanakan kerja pembinaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia di SMK Tengku Bendahara di sini, Selasa.

Mat Yusoff berkata bagi projek pembinaan Klinik Kesihatan Kampung Star, ia masih dalam proses pengeluaran tender.

Sumber: Bernama | 1 Mac 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan