PULAU PINANG, 25 Julai: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) kini dalam
perancangan untuk meluaskan perkhidmatannya ke seluruh negara secara
berperingkat mulai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zohari Sulaiman berkata, pelan
berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu menyediakan
perkhidmatan awam terbaik, cekap dan berkualiti kepada rakyat.
"Untuk tahun ini, syarikat telah merancang untuk memulakan
perkhidmatan di Kota Bharu, Kelantan dan persediaan awal telah dibuat
namun ditangguhkan seketika.
"Selepas kerajaan memberi lampu hijau, projek berkenaan dijangka
bermula tahun ini juga bagi memastikan penduduk di negeri berkenaan
mendapat manfaat.
"Selain itu, beberapa ibu negeri lain juga bakal dilengkapi dengan
sistem pengangkutan Rapid Bus," katanya selepas majlis berbuka puasa di
sini malam tadi.
Zohari berkata, ketika ini perkhidmatan Rapid Bus yang beroperasi di
ibu negara, Pulau Pinang dan Kuantan memberi manfaat kepada ratusan
ribu pengguna setiap hari yang menggunakan pengangkutan awam
berkenaan
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, antara bandar dan ibu negeri
yang dijangka disediakan sistem pengangkutan Rapid Bus ialah Ipoh,
Seremban, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
"Ia selaras dengan slogan Janji Ditepati yang dilaungkan kerajaan
dan sebenarnya kita mempunyai pelan yang lebih menyeluruh iaitu mahu
meluaskan perkhidmatan di setiap negeri," katanya.
Sumber: Utusan Online | 25 Julai 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan