Jalan Gua Musang - Kuala Lipis dekat Hentian Gua Musang dinaiki banjir lumpur menyebabkan semua kenderaan terkandas |
GUA MUSANG, 12 Ogos: Kejadian banjir lumpur terburuk melanda sekitar bandar ini,
petang kelmarin, menyebabkan tiga jalan utama ditutup kepada semua lalu
lintas dan seorang budak lelaki pula nyaris lemas dihanyutkan arus
deras.
Antara jalan utama yang ditutup kerana dinaiki banjir lumpur itu di Jalan Gua Musang - Kuala Lipis berhampiran Hentian Gua Musang, Jalan Kampung Pulai dan Jalan Kampung Kerinting.
Jalan Gua Musang - Kuala Lipis itu dinaiki banjir lumpur sedalam 0.5 meter yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, tetapi kenderaan lain boleh melalui jalan alternatif simpang Kampung Pulai sebelum menuju ke jalan berkenaan.
Dua lagi laluan utama ditenggelami banjir lumpur itu di jalan ke Kampung Kerinting menyebabkan jambatan merintas Sungai Ketil dinaiki air lebih tiga meter manakala jambatan ke Kampung Pulai pula dinaiki air dua meter.
Beberapa rumah dan kedai sekitar Kampung Tanah Puteh dan Kampung Simpang Pulai itu juga turut dinaiki banjir lumpur yang melimpahi parit apabila hujan lebat tanpa henti dalam tempoh setengah jam sahaja.
Hujan lebat yang bermula jam 5 petang itu menyebabkan parit di sepanjang Jalan Gua Musang - Kuala Lipis hingga ke Kampung Tanah Puteh dipenuhi air dan melimpah ke atas jalan terbabit.
Berpuluh kenderaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung terkandas di jalan berkenaan sebelum pulih sepenuhnya dua jam kemudian.
Kejadian paling cemas apabila seorang budak lelaki berusia sembilan tahun nyaris lemas apabila terjatuh dari motosikal ditunggangi ibunya yang mengharungi banjir lumpur di jalan ke Taman Sejahtera, Chin Teck.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, Raja Abdul Afiz Raja Dollah, berjaya diselamatkan seorang penduduk yang kebetulan berada di situ dan melihat mangsa terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.
Menurut ibunya, Suzilawati Ariffin, 35, kejadian itu berlaku ketika dia bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di taman berkenaan dan terhalang dengan kejadian banjir lumpur yang menutup jalan terbabit.
Beliau berkata, dia memberanikan diri mengharungi banjir itu kerana menganggap tidak dalam, tetapi sebaik sampai di tengah banjir itu motosikal yang ditungganginya bergoyang dilanda arus deras.
“Saya terpaksa berhenti untuk menahan motosikal daripada dihanyutkan arus deras itu dan dalam masa sama anak lelaki saya terjatuh hingga hampir dibawa arus ke dalam pembetung.
“Nasib baik saya cepat meminta tolong seorang penduduk yang berada tidak jauh dari itu dan bergegas menarik tangan Raja Abdul Afiz naik ke darat, jika tidak mungkin hilang dalam pembetung berkenaan,” katanya.
Suzilawati berkata, ketika itu dia tidak sempat berbuat sesuatu untuk menyelamatkan anaknya kerana dia sendiri juga nyaris dibawa arus deras dan pertama kali mengalami kejadian berkenaan.
“Saya bersyukur kerana saya bersama anak lelaki selamat dalam kejadian berkenaan dan akan lebih berhati-hati untuk melalui jalan itu apabila berlaku banjir lumpur di lain kali,” katanya.
Deretan kedai di Jalan Simpang Pulai dekat Gua Musang turut dilanda banjir lumpur |
Antara jalan utama yang ditutup kerana dinaiki banjir lumpur itu di Jalan Gua Musang - Kuala Lipis berhampiran Hentian Gua Musang, Jalan Kampung Pulai dan Jalan Kampung Kerinting.
Jalan Gua Musang - Kuala Lipis itu dinaiki banjir lumpur sedalam 0.5 meter yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, tetapi kenderaan lain boleh melalui jalan alternatif simpang Kampung Pulai sebelum menuju ke jalan berkenaan.
Jambatan ke Kampung Pulai ditenggelami banjir lumpur sedalam lebih dua meter. |
Dua lagi laluan utama ditenggelami banjir lumpur itu di jalan ke Kampung Kerinting menyebabkan jambatan merintas Sungai Ketil dinaiki air lebih tiga meter manakala jambatan ke Kampung Pulai pula dinaiki air dua meter.
Beberapa rumah dan kedai sekitar Kampung Tanah Puteh dan Kampung Simpang Pulai itu juga turut dinaiki banjir lumpur yang melimpahi parit apabila hujan lebat tanpa henti dalam tempoh setengah jam sahaja.
Hujan lebat yang bermula jam 5 petang itu menyebabkan parit di sepanjang Jalan Gua Musang - Kuala Lipis hingga ke Kampung Tanah Puteh dipenuhi air dan melimpah ke atas jalan terbabit.
Berpuluh kenderaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung terkandas di jalan berkenaan sebelum pulih sepenuhnya dua jam kemudian.
Kejadian paling cemas apabila seorang budak lelaki berusia sembilan tahun nyaris lemas apabila terjatuh dari motosikal ditunggangi ibunya yang mengharungi banjir lumpur di jalan ke Taman Sejahtera, Chin Teck.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, Raja Abdul Afiz Raja Dollah, berjaya diselamatkan seorang penduduk yang kebetulan berada di situ dan melihat mangsa terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.
Banjir lumpur yang turut memenuhi kawasan projek perumahan baharu dekat Kampung Tanah Puteh |
Menurut ibunya, Suzilawati Ariffin, 35, kejadian itu berlaku ketika dia bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di taman berkenaan dan terhalang dengan kejadian banjir lumpur yang menutup jalan terbabit.
Beliau berkata, dia memberanikan diri mengharungi banjir itu kerana menganggap tidak dalam, tetapi sebaik sampai di tengah banjir itu motosikal yang ditungganginya bergoyang dilanda arus deras.
“Saya terpaksa berhenti untuk menahan motosikal daripada dihanyutkan arus deras itu dan dalam masa sama anak lelaki saya terjatuh hingga hampir dibawa arus ke dalam pembetung.
“Nasib baik saya cepat meminta tolong seorang penduduk yang berada tidak jauh dari itu dan bergegas menarik tangan Raja Abdul Afiz naik ke darat, jika tidak mungkin hilang dalam pembetung berkenaan,” katanya.
Suzilawati berkata, ketika itu dia tidak sempat berbuat sesuatu untuk menyelamatkan anaknya kerana dia sendiri juga nyaris dibawa arus deras dan pertama kali mengalami kejadian berkenaan.
“Saya bersyukur kerana saya bersama anak lelaki selamat dalam kejadian berkenaan dan akan lebih berhati-hati untuk melalui jalan itu apabila berlaku banjir lumpur di lain kali,” katanya.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 12 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan