KOTA BHARU, 21 Ogos: Usaha membanteras kegiatan penyeludupan dadah di Kelantan
memerlukan kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, kata
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).
Beliau berkata dalam hal ini perbezaan politik harus diketepikan dan kerajaan negeri harus bersedia duduk berbincang dengan pihak berkuasa pusat.
Sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand terdapat kira-kira 150 pangkalan haram kepunyaan penduduk tempatan yang tidak dikawal dan menjadi penghubung untuk menyeberangi sempadan itu serta menyeludup dadah, katanya.
"Kita sepatutnya duduk bersama berbincang memikirkan cara untuk mengatasi masalah rezab sungai ini yang digunakan oleh penduduk setempat untuk membina rumah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Cure & Care 1Malaysia di sini semalam.
Wan Junaidi berkata kesan buruk daripada penyeludupan dan pengedaran dadah perlu didedahkan kepada masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan.
"Pendedahan sebegini amat penting terutama kepada golongan remaja umpamanya melalui penerangan semasa perhimpunan di sekolah, melalui ceramah serta bacaan khutbah di masjid-masjid," katanya.
Beliau berkata penyediaan peluang pekerjaan yang mencukupi juga memainkan peranan dalam usaha membanteras isu dadah, justeru itu, beliau meminta Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memikirkan cara untuk menarik pelabur ke negeri ini dan menukar dasar kerajaan negeri supaya lebih terbuka.

Sumber: BERNAMA | 21 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan