PASIR PUTEH, 3 Ogos: Seorang pelajar tingkatan empat mengalami kecederaan pada muka, jari kanan dan lutut kiri apabila motosikal ditungganginya terbalik selepas dibaling mercun.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal (gambar) berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Arif Che Rashid, 16, dikatakan menaiki motosikal untuk balik ke rumah petang Isnin lalu.
“Kita masih menyiasat kejadian itu dan sehingga kini, belum ada saksi melihat kejadian itu dan mangsa tidak mengetahui siapa yang membaling mercun tersebut.
“Tempat kejadian merupakan lorong sunyi dengan pagar sekolah konkrit tinggi yang tidak dapat dilihat ke dalam dari luar,” katanya.
Mangsa dikatakan ditemui rakan yang melalui lorong tersebut dan menghantarnya ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 3 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan