Berikutan itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, pihaknya 
akan meneruskan kempen kawalan tikus di kawasan pentadbirannya terutama 
di pusat bandar, bagi mencegah penularan wabak tersebut.
Beliau pada masa sama mahu orang ramai terutama golongan peniaga 
turut mengambil inisiatif menjaga kebersihan dengan mengadakan 
gotong-royong secara berkala.
"Saya berharap masyarakat akan lebih mengambil berat soal kebersihan 
terutama di premis perniagaan agar penyakit kencing tikus ini tidak 
menular kepada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Sabtu lalu, pihak kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk 
syarikat Alam Flora Sdn. Bhd., Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara 
dan MPKB-BRI mengadakan gotong-royong perdana serta kempen kawalan tikus
 peringkat negeri.
Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini memaklumkan, sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 153 kes leptospirosis
 dengan sembilan kematian dilaporkan di negeri itu dengan kes terbanyak 
direkodkan di daerah Kota Bharu iaitu 32 kes diikuti Kuala Krai (30) dan
 Gua Musang (28).
Mengulas kempen tersebut, Fauzi berkata, pihaknya berpuas hati dengan
 sambutan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk golongan peniaga di 
sekitar Pasar Besar Siti Khadijah yang turut menjayakan usaha berkenaan.
Jelasnya, sehari sebelum kempen dijalankan, pihaknya mengadakan 
operasi menangkap tikus dan sebanyak 20 ekor makhluk perosak itu berjaya
 ditangkap. 
Sumber: Utusan Malaysia | Timur | Terbitan 29 Ogos 2013 | 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan