Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 4 Ogos 2013

Penarik beca kurang perhatian

Bustanol Arifin (enam, kanan) menyampaikan sumbangan IAM kepada penarik beca di sekitar bandar Pasir Mas.
PASIR MAS, 4 Ogos: Penarik beca di daerah ini yang terdiri daripada golongan warga emas kurang mendapat perhatian mana-mana pihak sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka hidup dalam serba kekurangan.


Abdullah Yusof, 65, yang mula mengayuh sejak berumur 20 tahun itu berkata, walaupun pendapatannya tidak menentu, tetapi dia gembira melakukan kerja hariannya itu. “Dulu ramai menggunakan perkhidmatan kami untuk ke destinasi sekitar bandar Pasir Mas.

"Namun, sejak 10 tahun lalu mereka sudah tidak berminat kerana adanya kemudahan pengangkutan lain yang lebih selesa. “Sekarang ini pakcik hanya mengambil upah membawa bekalan sayur-sayuran peniaga pasar dan upahnya sekitar RM5 hingga RM10 sehari,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM), semalam.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Pengerusi IAM Negeri Kelantan, Bustanol Arifin Mohd Kamal. Menurutnya, pendapatan tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan harian kerana dalam sehari mereka hanya mendapat sekitar RM15 sahaja.

Abdullah berkata, mereka berbesar hati dan gembira apabila ada pihak seperti IAM sudi merai penarik beca sepertinya itu. Sementara itu, Bustanol Arifin berkata, ini kali pertama pihaknya meraikan penarik beca sempena Ramadan.

“Kami memilih mereka kerana kebanyakan mereka terdiri daripada warga emas dan hidup dalam serba kekurangan. “Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada mereka untuk menyambut syawal nanti,” katanya. Pada majlis tersebut hadir sama berbuka puasa ialah pemandu kereta sewa Pasir Mas yang terdiri daripada 40 orang.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 4 Ogos 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan