Zawawi mengibarkan bendera sebagai gimik melancarkan Ops Raya JBPM Kelantan di Bukit Yong, kelmarin. |
PASIR PUTEH, 2 Ogos: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri
Kelantan akan mengadakan rondaan berkala di jalan dikenal pasti berisiko
tinggi berlaku kemalangan ketika rakyat Kelantan di perantauan pulang
menyambut hari raya.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata, antara jalan diberi perhatian adalah Jalan Pasir Puteh - Kuala Terengganu, Gua Musang - Kuala Krai, Pasir Mas - Rantau Panjang, Jeli - Tanah Merah, dan Jeli - Gerik.
“Rondaan selama 18 hari bermula semalam itu membabitkan 573 anggota berkemahiran tinggi yang bersiap sedia. Untuk makluman, hanya 20 peratus anggota diberikan cuti pada hari raya nanti,” katanya.
Kes kebakaran turut meningkat
Bomba katanya, turut memberi perhatian kepada kempen mencegah kebakaran kerana lazimnya kes kebakaran meningkat menjelang Syawal apabila masyarakat menggunakan elektrik berlebihan.
“Menjelang hari raya, biasanya kita sibuk memasak kuih, harus diingat bahawa sedikit kelekaan sahaja akan mencetuskan kebakaran dan tragedi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ops Raya peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan Adun Semerak, Zawawi Othman di Bukit dekat sini, kelmarin. Turut hadir, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal dan Adun Selising, Zuklkifle Ali.
Bersempena majlis itu, satu demonstrasi menyelamat mangsa kemalangan maut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Hospital Tengku Anis, polis dan Rela bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Empat kematian direkodkan
Azmi berkata, dari awal Ramadan (10 Julai) sehingga semalam, bomba menerima 110 panggilan kecemasan kebakaran dan kemalangan, iaitu 75 kejadian kebakaran, 33 panggilan menyelamat dan dua tugas khas.
Dalam tempoh itu katanya, empat kematian direkodkan, 29 cedera, 31 hilang tempat tinggal dengan nilai kerugian RM909,400 dan jumlah harta diselamatkan berjumlah RM3.4 juta.
Beliau berkata, dari Januari sehingga Jun tahun ini, pihaknya menerima 840 panggilan kecemasan antaranya 515 kebakaran, 322 kerja menyelamat yang membabitkan kerugian harta lebih RM8 juta dan nilai harta yang dapat diselamatkan bernilai M143 juta.
Katanya, punca utama kebakaran pada musim perayaan adalah disebabkan mercun, penggunaan elektrik berlebihan, meningkatnya kerja memasak selain kelalaian akibat terlalu letih atau sibuk.
Prihatin langkah keselamatan
Azmi berkata, pihaknya juga tidak memandang remeh langkah keselamatan yang perlu diambil pemilik gedung perniagaan dan pusat membeli belah.
“Peniaga akan menambah stok menjelang hari raya berbanding hari biasa dan ketika itulah keselamatan orang ramai diabaikan dengan meletakkan barang di lorong atau laluan yang sepatutnya digunakan pelanggan apabila berlaku kebakaran.
“Kita mengatur program pemeriksaan keselamatan ke atas premis perniagaan, pemeriksaan bertumpu kepada sistem pencegahan kebakaran, penyimpanan barang dan laluan keselamatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Ogos 2013 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan