Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 1 Ogos 2013

Maut pertama denggi berdarah di Kelantan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

Ghazali Hasni Md. Hassan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak anak-anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa HRPZ II Bersama Pelanggan di pekarangan kediaman kakitangan HRPZII di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
KOTA BHARU, 31 Julai: Demam denggi berdarah di Kelantan meragut satu nyawa, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai ancaman wabak penyakit itu yang semakin meningkat di negeri ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Pasir Mas dekat sini, yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pertengahan bulan ini.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, dua buah kampung di daerah ini diisytiharkan dilanda wabak iaitu Panchor dan Taman Seri Rambai berhampiran pusat bandar raya Kota Bharu.

Katanya, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini sebanyak 772 kes demam denggi direkodkan berbanding 682 kes tempoh sama tahun lalu dan secara keseluruhannya sebanyak 1,245 kes dicatatkan tahun lalu dengan jangkaan meningkat kepada lebih 1,400 kes.

"Peningkatan jumlah kes ini amat merisaukan namun kematian akibat denggi berdarah lebih merisaukan, sehubungan itu saya menasihatkan orang ramai segera ke hospital sekiranya menghidap simptom denggi.

"Jabatan kecemasan tidak akan menolak sebarang kes yang disyaki denggi begitu juga di setiap Klinik 1Malaysia seorang doktor telah ditempatkan di situ sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa HRPZ II Bersama Pelanggan di pekarangan kediaman kakitangan HRPZII di sini semalam.

Sementara itu, Dr. Ghazali berkata, pemeriksaan awal juga penting untuk mengesan jangkitan leptopirosis atau jangkitan kencing tikus yang turut meningkat akhir-akhir ini.

Katanya, 10 kematian akibat leptopirosis berlaku tahun ini berbanding hanya empat tahun lalu, namun langkah pencegahan perlu dilakukan segera kerana kesemua kes terbabit berlaku di kawasan bandar.

Sumber: Utusan Malaysia | Timur | Terbitan 1 Ogos 2013 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan