Kompleks Mahkamah Kota Bharu |
KOTA BHARU: Lelaki yang dipercayai membuat beberapa siri panggilan telefon mengugut mahu meletupkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini, bulan lalu, ditahan polis, Jumaat lalu.
Suspek yang juga remaja berusia 19 tahun tersebut ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di rumahnya di Kota Bharu, di sini, pada jam 4 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, suspek lelaki tempatan itu dipercayai individu sama yang membuat panggilan telefon mengugut mahu meletupkan seorang wartawan Sinar Harian berusia 35 tahun, 29 Disember tahun lalu.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
“Polis masih menyiasat motif sebenar remaja itu melakukan ugutan bom di premis kerajaan berkenaan dan polis juga akan mengambil tindakan selanjutnya selepas ini sekiranya terbukti dia terlibat dalam panggilan-panggilan ugutan terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis di sini.
Pada 28 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyatakan empat lelaki menaiki van akan meletupkan mahkamah dan lapangan terbang.
Selepas berita itu disiarkan, wartawan wanita dari Sinar Harian menerima panggilan ugutan akan diletupkan kerana melaporkan berita ugutan tersebut.
Pada sebelah malam 29 Disember itu pula, difahamkan bilik gerakan polis sekali lagi menerima panggilan ugutan bom di Kompleks Mahkamah Kota Baharu dan keesokan pemanggil turut mengugut mahu meletupkan Kompleks Mahkamah Syariah, Tunjong, di sini.
Kedua-dua kompleks mahkamah tersebut juga pernah menerima ancaman bom pada 29 November tahun sama.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan