Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 8 Januari 2017

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196 tengah hari tadi

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 4,196 orang setakat 1 tengah hari ini berbanding 4,695 pagi tadi dengan 12 pusat pemindahan masih beroperasi di dua jajahan.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,517 orang daripada 849 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan, manakala Pasir Mas menempatkan 1,679 mangsa daripada 551 keluarga di lima pusat pemindahan.

Menurut laman web kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini di bawah paras bahaya 9.0 meter dengan trend penurunan iaitu 8.77 meter berbanding 8.87 meter pagi tadi.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pula turun kepada 12.48 meter berbanding 12.53 meter pagi tadi namun masih di bawah paras bahaya 16 meter, manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal.

Di TERENGGANU situasi banjir tidak banyak berubah setakat 1 tengah hari ini dengan hanya 11 mangsa dibenarkan pulang sejak pagi tadi.

Ketika ini terdapat 1,449 mangsa daripada 331 keluarga di lima pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Berdasarkan Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu berkurangan kepada 1,352 orang daripada 1,361 orang pagi tadi, sementara di Marang merekodkan 19 mangsa berbanding 21 orang pada sebelah pagi.

Jumlah mangsa di Dungun kekal pada 78 orang daripada 20 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.

Sumber: Bernama | 8 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan