Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 Januari 2017

Banjir pulih, tiga sekolah di Tumpat dan Pasir Mas dibuka esok

KOTA BHARU: Tiga sekolah di Kelantan yang masih ditutup hari ini berikutan banjir sejak Sabtu lepas, akan dibuka esok setelah banjir di kawasan terlibat pulih.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dalam kenyataan hari ini berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan di jajahan Tumpat serta SABK Al Falah Siram di jajahan Pasir Mas.

Menurut jabatan itu, sekolah terbabit dibuka selepas laluan ke sekolah tidak lagi ditenggelami air.

Sumber: Bernama | 10 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan