Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 19 Januari 2017

DAP mahu jawatan TPM, bukan PM - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu. 

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan perdana menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina. 

"Tak mungkin (mahu jadi perdana menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. 

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi perdana menteri. 

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi perdana menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini. 

Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya Bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini. 

Pada 31 Disember lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi perdana menteri, manakala Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU Ke-14.

Mukhriz dan Kit Siang turut dicabar membuat akuan bersumpah (SD) menafikan mereka bukan calon sulit Pakatan Harapan bagi kedua-dua jawatan itu.

Sumber: Berita Harian | Politik | 19 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan