Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 11 Januari 2017

Kerajaan Persekutuan peruntuk RM10 juta bangunkan Taman Rekreasi Bukit Gedombak

PASIR PUTEH: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10 juta untuk membangunkan sebuah taman rekreasi di Bukit Gedombak di sini, kata Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh Mohamed Anis Hussein.

Beliau berkata taman rekreasi di kawasan seluas 10 hektar itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti laluan untuk pengunjung berjoging dan gelanggang sepak takraw.

"Pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti air seperti memancing dan berkayak di sungai di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan taman rekreasi itu yang dijangka siap awal tahun depan diyakini turut membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui aktiviti perniagaan.

Sumber: Bernama | 11 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan