Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 Januari 2017

Banjir di Kelantan dan Terengganu pulih, semua pusat pemindahan ditutup

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan sejak beberapa hari lepas pulih sepenuhnya hari ini apabila pusat pemindahan terakhir di kedua-dua negeri itu ditutup petang tadi.

Semua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di TERENGGANU pusat pemindahan banjir yang terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan Durian Mentagau, Dungun ditutup pada 3.40 petang.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin pula mengesahkan sesi persekolahan bagi dua sekolah rendah yang masih ditutup hari ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong dan SK Kampung Gemuroh, di Kuala Nerus dibuka esok.

Di KELANTAN, tiga pusat pemindahan banjir terakhir di Tumpat yang menempatkan 491 mangsa daripada 146 keluarga ditutup pada 3 petang tadi.

Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan hari ini berkata tiga sekolah di negeri itu iaitu dua di Tumpat dan satu di Pasir Mas masih tidak dapat beroperasi esok.

Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang dan SK Simpangan di Tumpat, serta SABK Al Falah Siram di Pasir Mas.

Penutupan sekolah terbabit disebabkan oleh laluan ke sekolah masih ditenggelami air dan berbahaya kepada murid serta guru, serta sekolah masih digenangi air.

Sumber: Bernama | 9 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan