Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 23 Januari 2017

Tanah runtuh: Jalan Aring 8 - Kuala Berang ditutup

GUA MUSANG: Laluan FT185, Jalan Aring 8 - Kenyir - Kuala Jeneris, ditutup kepada semua kenderaan akibat runtuhan jalan di Seksyen 52 (daerah Hulu Terengganu).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, laluan FT185, perlu ditutup kepada semua kenderaan bermula dari Felda Chiku hingga simpang Tasik Kenyir.

Katanya, laluan berkenaan ditutup kerana runtuhan jalan yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, semalam, dikhuatiri memberi risiko bahaya kepada pengguna.

"Kawasan runtuhan berkenaan melibatkan 30 meter dan tidak selamat untuk digunakan kepada semua jenis kenderaan. Pengguna yang mahu ke Kuala Terengganu perlu menggunakan laluan lain.

"Jalan berkenaan akan dibuka semula selepas notis pemberitahuan nanti. Kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan yang berlarutan sejak kelmarin," katanya lagi.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 22 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan