KOTA BHARU: Mayat seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui selepas dikatakan terjatuh ke dalam sebatang tali air di Kampung Dusun, Wakaf Bharu, Tumpat hari Sabtu.
Mohamad Aiman Fikri Muyiady dipercayai tergelincir ketika melihat penduduk memasang pukat bersama tiga rakannya.
"Mangsa ditemui pada 4 petang tidak berapa jauh dari lokasi dia dikatakan terjatuh," kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Safawi Awang ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada 2.38 petang dan sepasukan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kota Bharu tiba di tempat kejadian pada 3.09 petang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan itu pergi bersama tiga rakannya ke tali air tersebut untuk melihat orang memasang pukat ikan.
"Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air dan dibawa arus deras," katanya.
Sumber: Bernama | 21 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan