Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 10 Januari 2017

Jambatan rosak akibat banjir di Kampung Pulau Raya akan dibina semula

TANAH MERAH: Kerajaan Kelantan akan membina semula sebuah jambatan di Kampung Pulau Raya di sini, yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata peruntukan sebanyak RM400,000 disediakan bagi pembinaan semula jambatan sepanjang 160 meter itu yang akan dimulakan secepat mungkin.

Pembinaan semula jambatan tersebut untuk kemudahan kira-kira 50 orang daripada 12 keluarga yang tinggal di kampung berkenaan untuk melakukan urusan harian termasuk untuk ke bandar Tanah Merah, katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jambatan tersebut hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Wee Hok Tiang, 65, mahu kerajaan membina sebuah jambatan yang kukuh dan tidak ditenggelami air banjir.

Beliau berkata jambatan tersebut penting kerana ia merupakan laluan utama untuk penduduk kampung itu berulang-alik ke bandar atau destinasi lain.

Sumber: Bernama | 10 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan