Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 25 Januari 2017

Banjir terburuk di sekitar Pasir Tumboh dalam 
tempoh 47 tahun

KOTA BHARU: Penduduk di sembilan buah kampung sekitar Pasir Tumboh di sini menyifatkan banjir yang berlaku kali ini sebagai luar biasa dan terburuk dalam tempoh 47 tahun.

Malah, mereka juga terpaksa menanggung kerugian besar apabila tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam rumah selepas air naik dengan mendadak sehingga paras dada sejak malam Jumaat lalu.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Gutong, Parit Limbat, Lating, Keling, Likong, Temesu, Kubang Keranji, Kampung Belukar, Kampung Selor serta beberapa kawasan perumahan sekitarnya.

Seorang penduduk, Noriah Din, 58, berkata, banjir kali ini dianggap pelik kerana bukan daripada limpahan Sungai Kelantan sebaliknya daripada air yang terkepung akibat masalah perparitan.

Katanya, ketika bah kuning tiga tahun lalu yang dianggap pa­ling teruk dalam sejarah negeri itu, kawasan ini hanya dinaiki air di paras pergelangan kaki sahaja.

“Namun kali ini, kebanyakan rumah penduduk ditenggelami air sehingga paras dada.

“Kami sebenarnya tidak menduga air naik dengan mendadak selain tidak melakukan sebarang persediaan. Sebelum ini, kalau banjir sebesar mana sekalipun, kawasan ini masih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar di sini hari ini.

Hampir 1,000 mangsa daripada 233 keluarga dari beberapa buah kampung di kawasan Pasir Tumboh ditempatkan di pusat pemindahan tersebut yang dibuka sejak Jumaat lalu.

Seorang lagi penduduk, Anuar Mohd. Nor, 59, berkata, masalah saliran dan perparitan di kawasan berkenaan perlu segera diselesaikan bagi mengelak banjir terus berlaku pada masa depan.

“Banjir kali ini adalah disebabkan air terkepung atau banjir termenung. Air tidak dapat mengalir dengan sempurna akibat daripada masalah perparitan.

“Sepatutnya disediakan longkang besar bagi membolehkan air mengalir keluar,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia | Kelantan | 22 Jan. 2017 | Terbitan 23 Jan. 2017

2 ulasan:

  1. Longkang dah buat tapi, Longkang yang ada pun sumbat...MPKB-BRI atau JPS Negeri kena mari cek longkang Monsun dekat projek MSO Copration berhadapan Jalan 9 Taman Binaraya. Level air dari baruh penuh longkang akan tetapi air tak dapat lepas sbb projek pembangunan sedia ada menutupi longkang itu, jadi segala benda yang tersumbat bawah tu xdapat buat air mengalir dengan sempurna.

    BalasPadam
  2. Mcmna dgn jadual penyelenggaraan longkang? Sptutnya tidak berlaku sisa pembangunan menutupi longkang. Terharu rasanya sbb byk berlaku kerugian dlm kelalaian pihak berwajib.

    BalasPadam