Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 22 Januari 2017

Kerajaan Persekutuan peruntuk RM41 juta kepada Risda Kelantan bagi progam pembangunan

MACHANG: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM41 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kelantan bagi program pembangunan agensi itu tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM33 juta diperuntukkan bagi Program Penanaman Semula dan RM3 juta bagi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).

"Bakiya akan digunakan untuk beberapa program pembangunan lain dan peruntukan terbabit akan diagih dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Pembangunan Risda Kelantan bagi 2017 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Risda Kelantan Rusly Yaakob dan Timbalannya Shaharuddin Samad.

Ahmad Jazlan berkata kerajaan Persekutuan sentiasa komited dan prihatin dalam usaha membangun serta membantu nasib golongan pengusaha tanaman getah terutama pekebun kecil di negeri ini.

Beliau berkata ia sekaligus menafikan dakwaan tidak berasas sesetengah pihak bahawa kerajaan Persekutuan sering menganaktirikan Kelantan kerana negeri ini diperintah pembangkang.

"Justeru, pengusaha tanaman getah dan pekebun kecil diharap sentiasa berdamping dengan kerajaan agar dapat menikmati segala bantuan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Rusly berkata Risda Kelantan kerugian kira-kira RM584,000 akibat banjir fasa pertama yang merosakkan jalan dan ladang getah.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiapkan laporan berhubung kerosakan yang berlaku akibat banjir fasa kedua yang sedang berlaku di Kelantan ketika ini.

Sumber: Bernama | 22 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan