KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan sejak Sabtu lepas bertambah baik apabila keadaan di semua jajahan kecuali Tumpat pulih setakat tengah hari ini.
Kesemua pusat pemindahan di Jajahan Pasir Mas ditutup pagi tadi.
Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 491 orang setakat 1 tengah hari ini berbanding 836 orang pagi tadi.
Kesemua mangsa adalah daripada 146 keluarga dari Jajahan Tumpat yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.
Berdasarkan keadaan cuaca cerah tengah hari ini, dijangka lebih ramai lagi mangsa banjir di Jajahan Tumpat dapat pulang ke rumah masing-masing petang ini.
Sumber: Bernama | 9 Jan. 2017

Tiada ulasan:
Catat Ulasan