Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 12 Januari 2017

Tiada kerugian besar dialami di Kelantan akibat banjir baru-baru ini

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengenal pasti tiada kerugiaan besar dialami di negeri ini akibat banjir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abd Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membaik pulih kerosakan kecil seperti melibatkan jalan kampung, surau dan masjid.

"Maklumat daripada ketua jajahan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini, untuk kami membina rumah baharu untuk mangsa banjir tiada kerana situasi banjir terkawal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Geran Usahawan Anak Muda Kelantan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan geran berjumlah RM225,000 kepada sembilan usahawan muda.

Mengenai pemberian geran itu, Abdul Fattah berkata geran tersebut bagi membolehkan sembilan usahawan berkenaan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan kerana ia mempunyai potensi cerah pada masa depan.

Sumber: Bernama | 11 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan