Longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung setiap kali hujan. |
KOTA BHARU: Setiap kali hujan, lebih 50 peratus peniaga di Pasar Wakaf Che Yeh berdepan keadaan tidak selesa apabila air longkang melimpah ke kawasan perniagaan mereka yang didakwa disebabkan masalah perparitan.
Malah situasi itu telah dialami peniaga-peniaga di situ sejak lebih dua tahun lalu selepas kawasan tersebut dinaik taraf dengan pembinaan bangunan-bangunan baru bagi menempatkan rumah kedai dan sebagainya.
Salah seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Joe Jam berkata, beliau dan rakan-rakan terpaksa menjual di dalam keadaan kaki terbenam di dalam air, tambahan pula kini Kelantan berdepan musim tengkujuh dan banjir.
“Kalau hujan, memang kami kena meniaga dalam air. Kadang-kadang paras air itu meningkat sehingga ke betis. Situasi ini memang tidak menyelesakan dan membahayakan orang ramai. Kami terpaksa bertahan sebab inilah punca pencarian rezeki kami.
“Malah pengunjung juga turut menyuarakan supaya kami melaporkan kepada pihak berkenaan. Tetapi, bukan sekali dua, namun aduan kami tidak diendahkan. Kami harap sangat kali ini pihak berwajib datang jumpa untuk kita selesaikan masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Menurutnya, kawasan tersebut mempunyai longkang yang baik namun tidak diselenggarakan dengan betul sekali gus menjadikan ia tidak berfungsi apabila berlakunya hujan dan sebagainya.
Malah Joe Jam juga memberitahu, peniaga kadang-kadang terpaksa menjalankan gotong-royong bagi memastikan longkang-longkang tidak dipenuhi sampah.
“Kita berharap sangat agar pihak berwajib datang lihat situasi kami di sini. Ada cara yang boleh menyelesaikan masalah ini. Tetapi bukan hanya dengan kami sahaja, tetapi pihak pemaju juga perlu bergandingan dengan kami. Itu yang penting. Sampai bila kita mahu imej pasar ini menjadi bualan orang ramai kalau kita tidak selesaikannya.
“Mereka boleh datang tengok masa hujan dan sebagainya. Kami ada bukti. Perkara ini bukan berlaku sekali dua.
“Tidak sepatutnya kita membiarkan masalah ini berlarutan sedangkan kita tahu pengunjung membawa balik imej pasar ini ke seluruh negara,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 9 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan