Rantau Panjang yang mula dinaiki air. Foto: Muhamaad Razis Ismail |
PASIR MAS: Aktiviti di pusat komersial dan Zon Bebas di Rantau Panjang di sini ditutup susulan pekan itu dinaiki air melebihi satu meter sejak tengah malam tadi.
Beberapa laluan masuk ke pekan itu dan perkampungan di tebing Sungai Golok juga ditenggelami air.
Bacaan paras Sungai Golok kini mencatatkan bacaan 10.19 meter (m) iaitu melepasi paras bahaya, 9m.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim berkata, sehingga 9 pagi tadi, 159 penduduk Rantau Panjang membabitkan 63 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Beliau menjangkakan jumlah mangsa dipindahkan akan terus meningkat berikutan air sungai menunjukkan trend menaik selain hujan yang masih berterusan.
"Kita bersiap sedia memantau keadaan dan berusaha memindahkan mangsa yang terdedah kepada banjir ke pusat pemindahan. Setakat ini, pekan Rantau Panjang sudah tidak boleh dimasuki kepada semua kenderaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |Terkini@11:30 am | 2 Jan. 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan