Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 9 Januari 2017

Suasa Airlines mengaku bersalah, didenda RM380,000

KUALA LUMPUR: Suasa Airlines Sdn. Bhd. (Suasa Airlines) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin dan dikenakan denda sebanyak RM380,000 kerana beroperasi tanpa permit perkhidmatan udara (ASP) yang sah.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, Suasa Airlines mengaku bersalah terhadap pertuduhan membawa penumpang bagi sewa atau upah dalam penerbangan tidak berjadual antara Kuala Lumpur dan Langkawi tanpa permit yang sah.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

Mavcom berkata, ia pada 22 Julai 2016 menolak permohonan Suasa Airlines untuk mengendalikan penerbangan komersial tidak berjadual dari Kuala Lumpur ke Langkawi kerana ia tidak mempunyai permit yang sah.

Bagaimanapun, pada hari sama, Suasa Airlines menerusikan operasinya sebagai "penerbangan demonstrasi".

Mavcom kemudiannya melancarkan siasatan berhubung perkara itu yang telah dibawa kepada Jabatan Peguam Negara.

Hal berkaitan dengan pengeluaran, penggantungan dan pembatalan lesen perkhidmatan udara (ASL) dan permit merupakan tanggungjawab Mavcom sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 2016.

Oleh itu, syarikat penerbangan yang tidak mempunyai lesen atau permit sah tidak boleh menjalankan operasi perkhidmatan udara komersial di Malaysia.

Sesebuah syarikat penerbangan perlu mempunyai lesen dan permit yang dikeluarkan Mavcom dan sijil pengendali udara (AOC) yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sumber: mStar Online | 9 Jan. 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan